Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Malaysia benam Singapura 4-1

MALAYSIA mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala AFF 2022 dengan bergaya apabila membenam Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil,  malam ini.

Jaringan pembukaan Malaysia diperoleh menerusi penyerang, Darren Lok yang menanduk kemas bola hasil hantaran lintang kapten, Safawi Rasid pada minit ke-35.

Malaysia terus beraksi cemerlang sebaik permainan bersambung dalam babak kedua apabila Stuart John Wilkins menjarakkan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-50 hasil rembatan dari luar kotak penalti.

Pemain tengah kelahiran England itu sekali lagi menambah pedih dihati skuad Singa apabila dia meletakkan Harimau Malaya selesa didepan menerusi jaringan ketiga selang empat minit selepas itu.

Pasukan pelawat berjaya merapatkan jurang gol kepada 3-1, apabila penyerang yang menyarung jersi No. 10, Faris Ramli meledakkan gol tunggal Singapura pada minit ke-85.

Bagaimanapun, usaha skuad Singa untuk menambah jaringan tidak kesampaian setelah pemain, Sergio Aguero yang dibawa masuk pada separuh masa kedua menyumbat gol keempat Harimau Malaya pada minit ke-88.

Singapura yang dibimbing jurulatih dari Jepun, Takayuki Nishigaya mempamerkan permainan bertahan dan lebih banyak menghabiskan masa di kubu mereka.

Pasukan seberang tambak itu hanya memerlukan satu mata untuk dibawa pulang setelah mereka berada di tempat kedua Kumpulan B dengan tujuh mata,
manakala, Malaysia yang menghuni tangga ketiga apabila mengumpul enam mata amat memerlukan kemenangan untuk layak ke separuh akhir.

Dalam aksi menentang Singapura tersebut, pengendali Harimau Malaya dari Korea Selatan itu hanya melakukan dua pertukaran apabila membawa masuk Safawi dan Quentin Cheng yang kembali ke dalam kesebelasan utama.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Malaysia melengkapkan saingan selaku naib juara setelah mengumpul 9 mata daripada empat perlawanan, manakala, Vietnam mengungguli Kumpulan B dengan 10 mata.

Dalam aksi separuh akhir pertama pada Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Malaya akan menerima kunjungan Thailand yang muncul juara Kumpulan A. – Malaysiapost

Posting Komentar untuk "Malaysia benam Singapura 4-1"